Semasa di zaman kanak-kanak dahulu, emak melatih kita menyuap nasi sendiri. Pada mulanya ia agak susah sehingga kita dipakaikan lampindada untuk mengelakkan nasi tertumpah ke atas baju. Apabila kita semakin besar, kita dilatih pula untuk mengenakan pakaian sendiri. Pada ketika itu, kita merasakan mengenakan butang baju atau seluar dikira kerja yang sukar.
Umumnya, pada mulanya semua perkara itu kelihatan sukar. Tetapi setelah diulang-ulang, kini ia kelihatan mudah. Semuanya dapat dilakukan tanpa berfikir panjang. Itulah resam hidup, pada awalnya apa perkara pun susah sebelum menjadi senang.
Prinsip yang sama boleh kita praktikkan dalam mencapai kejayaan. Walaupun pada peringkat awal sesuatu yang ingin dicapai agak baru dan sukar, namun kita perlu berusaha dan terus berusaha serta membuat banyak latihan. Dengan cara itu, apa yang pada mulanya kelihatan sukar akan menjadi lebih mudah kelak.
No comments:
Post a Comment