Sunday, February 13, 2011

Berhenti Merokok Sebelum Terlambat



Apakah bahaya merokok???
Merokok boleh menyebabkan ketagihan.
Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikotin dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.
Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah
  1. Barah paru-paru
  2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  3. Sakit jantung iskaemia
  4. Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  5. Kanser pundi kencing
  6. Air mani tidak normal
  7. Lemah ingatan
  8. Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  9. Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat


Bagaimana cara berhenti merokok ???
  • Jangan merokok dari awal
  • Jika sudah ketagih, ada 2 cara:-
1) Berhenti terus
2) Berhenti beransur-ansur
3) Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin. 


Semua Perkara Susah Sebelum Menjadi Senang


Semasa di zaman kanak-kanak dahulu, emak melatih kita menyuap nasi sendiri. Pada mulanya ia agak susah sehingga kita dipakaikan lampindada untuk mengelakkan nasi tertumpah ke atas baju. Apabila kita semakin besar, kita dilatih pula untuk mengenakan pakaian sendiri. Pada ketika itu, kita merasakan mengenakan butang baju atau seluar dikira kerja yang sukar. 

Umumnya, pada mulanya semua perkara itu kelihatan sukar. Tetapi setelah  diulang-ulang, kini ia kelihatan mudah. Semuanya dapat dilakukan tanpa berfikir panjang. Itulah resam hidup, pada awalnya apa perkara pun susah sebelum menjadi senang.

Prinsip yang sama boleh kita praktikkan dalam mencapai kejayaan. Walaupun pada peringkat awal sesuatu yang ingin dicapai agak baru dan sukar, namun kita perlu berusaha dan terus berusaha serta membuat banyak latihan. Dengan cara itu, apa yang pada mulanya kelihatan sukar akan menjadi lebih mudah kelak.     


Anda ingin sihat...?

Tips pemakanan yang seimbang untuk menjamin kesihatan anda.
PIRAMID MAKANAN

Terapi Muzik

Setiap objek bergetar dan membentuk satu sukatan bunyi yang tersendiri. Batu, pasir, kayu, daun, udara, air, wap air dan sebagainya masing-masing mengeluarkan frequensi bunyi yang halus dan tersendiri. Dalam sesuatu kawasan yang harmoni, adunan pelbagai objek akan mewujudkan keharmonian. Keharmonian bunyi ini mewujudkan "muzik" alam yang semulajadi yang boleh menterapikan kesihatan tubuh. 

Muzik semulajadi ini mempunyai ukuran masa dan dianggap sebagai kekuatan yang dapat mencipta keselarasan komunikasi dalam fikiran serta tubuh manusia sehingga ia layak digelar sebagai muzik. Bunyinya yang harmonis dengan bahasa-bahasa indah disamping kombinasi ukuran getaran warna membawa kepada penyembuhan dan kedamaian kerana disitu akan timbulnya nada-nada kedamaian ayng sungguh menajubkan. Buktinya kedamaian itu terdapat di dalam diri kita sendiri dan kedamaian itu bukan dikecapi dari persekitaran.

Seni getarannya yang amat mempengaruhi tumbuhan, manusia serta batu karang ini menjadi penawar bagi segala jenis penyakit. Ia menjadi sumber kekuatan, harapan, pelengkap serta pengiring bagi kita untuk meneruskan kehidupan ini. Getaran muzik ini tidak akan pernah lupus malah akan terus dan terus kekal bergetar sebagai getaran elektomegnatik melalui frekunsi resonance alam semesta selama-lamanya dalam satu bentuk tenaga yang paling stabil. Keseimbangan interaksi dari semua frekunsi resonan yang masuk dan melewati tubuh kita membuat kita terus hidup dan menjalankan aktiviti selaras dengan frekunsi yang diterima disamping ia membentuk kepada pembentukan fungsi-fungsi sel tubuh badan. 

Tubuh kita seumpama instrument muzik dalam kumpulan okestra yang sangat harmonis. Muzik tidak berbicara kepada fikiran namun kita seperti kata-kata yang akan memisahkan bicara muzik sehingga mampu menusuk ke setiap inti hati serta akar jiwa kita. Bahasa dan sebutan yang berirama seperti bernyanyi sangat menentukan erti kata-kata yang diungkapkan. Mejej-mesej dalam lagu yang disampaikan melalui muzik yang harmoni tidak dapat dinyatakan dengan kata-kata. Manakala mentera atau nyanyian yang diulang-ulang adalah salah satu bentuk ekspresi muzik yang paling tahan lama. 


Aristotle yang pertama memperkenalkan formula warna-muzik mempercayai bahawa setiap objek mempunyai warna dan keaktifannya adalah mengikut darjah cahaya atau bayangan. Menurut beliau, gabungan putih dan rentak muzik yang sekata akan membentuk satu warna yang harmoni dan menarik. Teori warna muzik ini telah pun mnjadi popular di zaman Romantic sebagai pengharmoni universal yang mempunyai momemtum. Manakala menurut Newton, isyarat warna dihantar dalam bentuk gelombamg nadi melalui proses yang sama. Merurut kenyataan beliau, bunyi yang harmoni mampu menguasai persepsi muzik dan warna.

Muzik dan suara mempunyai pengaruh yang besar atas deria spiritual. Warna yang melahirkan bunyi menjadi muzik yang dapat menciptakan keteraturan dan kelancaran yang ideal selaras dengan kesatuan. Ternyata warna harian dapat mengandakan kekuatan bunyi berkali-kali ganda. Jika kita menginginkan kesihatan baik secara fizikal mahupun spiritual kita harus berhati-hati mempertimbangkan dengan tepat jenis muzik yang boleh masuk ke dalam diri kita dan SEBAIK-BAIKNYA ADALAH DENGAN CARA YANG BERMULA DENGAN TERAPI GETARAN WARNA dan biarlah tubuh kita yang menerbitkan bunyinya sendiri bagi menyelaraskan sistem tubuh kita. 


Terdapat teori menyatakan bumi tidak mampu didengar pada ruang kosong atau ruang tanpa udara. Akan tetapi teori tersebut sama sekali tidak benar. Bunyi terbit dari angin yang muncul dari alam semesta dan bentuk gelombang radio yang dapat dikesan dari aliran elektrik atau partikel planet seperti bulan dan bintang yang mengelilingi bumi yang membentuk kepada banyak penciptaan kejadian makhluk hidup. Di angkasa terdapat banyak bunyi aneh yang akrab dapat dirakam dan ini akan dinamakan suara angkasa yang luar biasa. 


Perlu diterima bahawa bunyi yang mencipta alin semesta serta satu tiupan penciptaan adalah ciptaan maha kebesaran maha pencipta. Memuji pencipta dengan suara yang menyatakan seluruh warna-warna ditukarkan menjadi bunyi kesyukuran dengan nada-nada muzik yang murni akan memberi gelombang tenaga di dalam tubuh badan. Di dunia yang telah tercipta ini maka lagulah satu muzik yang terkandung suara didalamnya melalui nada sebutan pada huruf serta kata-kata bahasanya. Terdapat banyak simbolik cara memuji tuhan seperti membunyikan trompet, gendang atau nyanyian yang diulang-ulang. Salah satu adalah perutusan bunyi trompet para malaikat akan memberi tanda peringatan bahawa kiamat akan terjadi. 

Muzik merupakan bentuk rawatan yang lahir dari karya seni warna dan bunyi untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Penyembuhan dan regenerasi melalui warna dan muzik menjadi penawar bagi kebanyakan penyakit dalam mengurangi tekanan (stress) dimana muzik merupakan inspirasi dalam manguatkan emosi diri. Muzik yang gembira, pernyataan-pernyataan serta visualisasi yang tergabung dari sebuah pendekatan holistik digunakan dalam mengurangi kesedihan serta kemurungan. Hubungan diantara muzik dan warna dapat mencetuskan resppon fizikal dan mangembalikan daya pemikiran yang positif dan semulajadi. Muzik juga memainkan peranan sebagai vitamin bagi mengaktifkan zat-zat makanan yang ditukar menjadi gema yang akan membentuk kepada kesegaran diri. 

Thursday, February 10, 2011

Lagu Untuk Seorang Ibu


Video ini aku cipta dengan menggunakan Cyberlink Powerdirector 9. Video ini aku tujukan khas buat semua ibu di seluruh dunia terutamanya ibu tunggal yang terpaksa menyara keluarga seorang diri. Hargailah ibu anda selagi dia berada di samping kita. Hayatilah video ini....

Kenali Personaliti Anda Melalui Warna

Adakah anda mempunyai warna kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda?
Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.
    Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.
Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :
1. MERAH
2. HIJAU
3. KUNING
4. BIRU


    Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai personaliti atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.
    Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warna telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan, hiburan dan sebagainya.


Mari ketahui personaliti anda...

MERAH
    Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.
1. Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.
2. Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

BIRU
    Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.
1. Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.
2. Biru Muda :
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING
    Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.
1. Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.

HIIJAU
    Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

KELABU & HITAM
1. KELABU : Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.
2. HITAM :
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU
1. COKLAT : Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.
2. UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.